Cari @ Amanz

Infinix sebelum ini telah bekerjasama dengan Moonton yang merupakan pembangun kepada permua Mobile Legends Bang Bang (MLBB) dalam menghasilkan beberapa peranti pintar. Salah satu daripadanya adalah Infinix Note 12 2023 yang dalam masa turut diiklankan sebagai telefon pintar permua bajet tanpa perlu menipiskan poket.

Kemaskini baharu di media sosial rasmi menunjukkan Infinix Malaysia mula mengacah kehadiran peranti baharu tidak lama lagi. Tidak pula dipastikan jenis model yang bakal ditawarkan. Namun apa yang menarik perhatian adalah Infinix kini bekerjasama dengan permainan Free Fire pula untuk penawaran peranti tersebut. Dua bayangan watak turut dikongsi menerusi beberapa poster promosi rasmi dan salah satu daripadanya ialah watak Kapella.

Bagi melihat lebih lanjut apakah kejutan yang disediakan Infinix pada kali ini. Sama-sama kita nantikan dan kita juga boleh menyasarkan lebih banyak kandungan promosi yang akan datang sementara menunggu tarikh pelancaran rasmi.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd