WhatsApp kini sedang membangunkan sebuah ciri baharu pada aplikasi permesejan mereka, dinamakan sebagai Audio Chat.
Buat masa ini, info penuh berkenaan dengan ciri ini tidak diketahui lagi. Melalui perkongsian WABetaInfo, apabila diaktifkan, ia akan memaparkan bentuk gelombang suara bersebelahan nama WhatsApp Groups berkenaan – menandakan yang mana ciri sembang audio adalah aktif pada kumpulan berkenaan.

Secara kasar, ciri ini mungkin lebih kurang seumpama dengan Discord, dimana pengguna boleh aktifkan ia, seterusnya berbual dengan rakan-rakan lain dalam bentuk masa-nyata. Ia juga mungkin lebih kepada alternatif pada panggilan suara, serta mungkin menyokong lebih ramai pengguna pada sesuatu masa.
Apa pun, sama-sama kita nantikan perkembangan lanjut berkenaan WhatsApp Audio Chat ini, dan apakah ciri yang bakal dibawakan olehnya.