Carian
Huawei Mengatakan Telah Membangunkan Perkakasan Rekabentuk Cip 14nm
March 27, 2023 Aman

Huawei kini menyatakan mereka telah berjaya membangunkan perkakasan untuk merekabentuk cip tersendiri, membolehkan ia menghasilkan semikonduktor dengan rekaan 14nm dan ke atas.

Dengan langkah ini, ia sekaligus membolehkan Huawei mengelak daripada halangan dagangan pihak Amerika Syarikat, dan seterusnya menghasilkan cip pemprosesan secara kendiri tanpa perlu bergantung kepada pengeluar luar China.

Huawei menyatakan mereka telah berjaya menghasilkan ini dengan sejumlah rakan kerjasama domestik di China.

Huawei dijangka menguji penghasilan mereka pada tahun ini, dan ia juga bergantung kepada sokongan pengeluaran cip secara domestik dan sebagainya.

Walaupun ia hanya pada rekaan 14nm pada masa kini, sekiranya apa yang diumumkan Huawei ini benar, maka kita mungkin melihat mereka mengejar teknologi semikonduktor dunia dalam masa beberapa tahun lagi.

Komen