Cari @ Amanz

Vivo X Fold 2 akan dilancarkan dalam masa terdekat dan sebelum ia boleh tiba ke pasaran ia perlu menjalani pelbagai ujian. Baru-baru ini ujian penanda aras untuk X Fold 2 untuk Antutu 3D telah tertiris dan mengesahkan penggunaan cip Snapdragon 8 Gen 2.

Ini menjadikan X Fold 2 peranti peranti skrin boleh-lipat menggunakan cip ini. Peranti lain dalam kelas ini masih menggunakan Snapdragon 8+ Gen 1 atau Dimensity 9000+ misalnya. Apa yang kami sedari mengenai Snapdragon 8 Gen 2 ialah prestasi lebih baik, tiada isu pemanasan melampau dan menjurus kepada hayat bateri yang lebih panjang. Ini adalah perkara baik untuk peranti skrin boleh lipat yang dilengkapi dwi-skrin seperti X Fold.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd