Cari @ Amanz

Sejak kebelakangan ini, Microsoft agak aktif dalam pengenalan pelbagai produk baharu, serta menambah-baik produk sedia ada selari permintaan pengguna.

Terbaru, hari ini Microsoft telah mula memperkenalkan Microsoft Teams versi baharu untuk pengguna desktop.

Perisian Microsoft Teams terbaru ini menawarkan prestasi lebih pantas berbanding sebelum ini, dan kini menggunakan memori kurang 50% berbanding versi sebelum ini. Disamping itu, masa yang diambil untuk membuka keseluruhan juga adalah dua kali ganda pantas berbanding versi sebelum ini.

Disamping perubahan pada prestasi, Microsoft juga turut menyertakan sedikit perubahan pada rekabentuk Microsoft Teams ini, termasuk penambah-baikkan pada sistem pengesahan dan sync.

Bagi anda yang kerap menggunakan Microsoft Teams, boleh memuat-turun aplikasi Windows hari ini, dan menikmati pelbagai pembaharuan baru ini.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd