Cari @ Amanz

Peranti kelas asas Redmi telah dikemaskini dengan dua model baharu. Melaluinya Redmi A2 dan Redmi A2+ diumumkan dengan hanya satu perbezaan, di mana wujudnya pengimbas cap jari di panel belakang variasi plus. Sementara itu, lain-lain spesifikasi adalah sama pada kedua-duanya.

Bermula dengan panel hadapan, ia sejenis bertakuk kecil sebesar 6.52-inci LCD dengan resolusi HD+ dan kadar segar semula standard. Ini dipadankan pula dengan cip MediaTek Helio G36, memori 3GB RAM dan storan dalaman 32GB terbina. Selain turut memuatkan kebolehan ruang tambahan menerusi slot kad mikroSD.

Gabungan kamera utama 8MP + QVGA dan swafoto 5MP turut disertakan pada peranti. Bateri pula sebesar 5000mAh yang menyokong pengecasan 10W melalui port mikroUSB. Peranti-peranti ini hanya disenaraikan menerusi laman web rasmi tanpa harga jualan dikongsi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd