Cari @ Amanz

XENEON 27QHD240 merupakan sebuah monitor permainan video baharu daripada jenama Corsair. Ia menggunakan panel MLA OLED keluaran LG Display bagi membolehkan monitor ini menawarkan kecerahan puncak yang lebih tinggi. Pada masa sama turut menyediakan sudut tontonan yang lebih luas serta mengelakkan isu mudah terbakar.

Melaluinya ia menawarkan kecerahan puncak mencapai 1,000nits yang juga menyokong resolusi QHD+ (2560 x 1,440 piksel) dan kadar segar semula 240Hz. Ini dipadankan pula dengan teknologi AMD FreeSync Premium dan NVIDIA G-SYNC untuk pengalaman permainan dengan visual lebih baik. Seterusnya monitor ini juga mempunyai pilihan I/O yang terdiri dengan port DisplayPort, HDMI 2.1 dan USB Type-C, di samping hab USB dengan empat port USB Type-A dan USB Type-C.

Sebagai tambahan, monitor turut didatangkan dengan cagak boleh laras. Sementara itu kandungan promosinya menunjukkan monitor ini turut boleh digunakan secara menegak sekiranya perlu. Setakat ini ia dilihat hanya tersenarai di laman web rasmi tanpa perkongsian harga jualan.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd