Cari @ Amanz

Realme GT Neo5 SE bakal dilancarkan di China pada 3 April akan datang. Menjelang pelancaran rasmi, lebih banyak maklumat mengenai perkakasan dalaman peranti yang didedahkan menerusi kemaskini baharu di Weibo.

Peranti akan mempunyai panel hadapan berlubang di tengah yang menyokong resolusi 1.5K dan kadar segar semula 144Hz. Ini dipadankan pula dengan teknologi 2160Hz High-Frequency PWM Dimming bertujuan mengurangkan keletihan dan melindungi mata sewaktu terdedah terlalu lama pada skrin. Tiada maklumat mengenai saiz skrin namun desas-desus mengatakan ianya sebesar 6.74-inci dengan kemampuan kecerahan puncak mencapai 1,400nits dan imbasan jari terbina.

Seterusnya bateri 5,500mAh pada peranti menyokong sistem pengecasan pantas 100W. Ia mempunyai 38 lapisan pelindungan keselamatan bagi mewujudkan pengalaman pengecasan yang selamat. Selain itu Realme juga menjanjikan kesihatan bateri di tahap 80% meskipun selepas 1,600 kali kitaran pengecasan.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd