Cari @ Amanz

Kehadiran siri Tecno SPARK 10 telah diacah secara rasmi menerusi video promosi sebelum ini. Kini giliran tarikh pelancaran rasminya pula dikongsi yang diijadualkan berlangsung pada 2 April akan datang. Sebilangan ciri pada peranti turut diperlihakan dalam kemas kini yang sama, di mana ia kelak menyokong memori besar dan sistem operasi terkini Android 13. Turut boleh dlihat, Datuk Lee Chong Wei sekali lagi dipilih menjadi duta produk mereka untuk pengenalan produk kali ini.

Salah satu peranti di bawah siri ini telah diumumkan di India terlebih dahulu menerusi Tecno SPARK 10 Pro. Seandainya variasi yang sama, maka peranti akan dilengkapi cip MediaTek Helio G88, skrin 6.78-inci LCD HD+ 90Hz, kamera utama 50MP (utama) + AI Lens, kamera swafoto 32MP dan bateri 5000mAh dengan sistem pengecasan 18W.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd