Carian
Steam Akan Menamatkan Sokongan Windows 7 Dan Windows 8 Pada Januari 2024
March 28, 2023 Aman

Steam kini mengemaskini halaman sokongan mereka, menyatakan akan menghentikan sokongan untuk Windows 7 dan Windows 8, pada 1 Januari 2024 kelak.

Selepas tarikh berkenaan, perisian Steam tidak lagi akan boleh berjalan pada versi sistem operasi berkenaan, dan memerlukan pengguna menaik-taraf versi Windows untuk kekal menggunakannya.

Dengan perubahan ini, pengguna kelak akan memerlukan sistem operasi Windows 10 dan terkini untuk terus menikmati pelbagai permainan dan kandungan melalui Steam pada komputer masing-masing.

Komen