Cari @ Amanz

VIPShop merupakan salah satu laman edagang popular di China, memfokuskan kepada penawaran diskaun dan membolehkan pengguna membeli barangan yang ditawarkan terhad secara diskaun. Kini nampaknya, perkhidmatan edagang tersebut turut bakal diperluaskan ke pasaran tempatan.

Selepas kejayaan di China, kini VIPShop turut dilihat dalam proses memperluaskan penawaran mereka untuk pasaran Asia Tenggara.

Melalui semakan kasar, laman VIPShop.my telah pun aktif, memperlihatkan mesej akan datang tidak lama lagi. Pada masa yang sama juga, laman VIPShop di Singapura telah pun aktif minggu ini.

Dengan penyertaan VIPShop, ia sekaligus terus menjadikan persaingan dalam arena edagang terus meriah – yang kini disertai oleh Shopee, Lazada dan juga TikTok Shop.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd