Carian
Astro GO Kini Mempunyai 581,000 Pengguna Aktif Bulanan
March 28, 2023 Aman

Astro GO merupakan perkhidmatan atau aplikasi yang disediakan pihak penyedia siaran televisyen berbayar, Astro kepada pelanggan mereka – membolehkan pengguna strim kandungan Astro dimana-mana pada bila-bila masa.

Astro Go

Melaluinya, Astro menyediakan akses kepada 100 saluran TV, serta lebih 90,000 video untuk ditonton terus dengan mudah.

Berkongsi berkenaan perkembangannya, Astro kini menyatakan Astro GO mempunyai 581,000 pengguna aktif bulanan buat masa ini.

Secara purata, pengguna menonton rancangan berjumlah lebih 3 jam setiap minggu melalui Astro GO pada hari ini.

Selain Astro GO, pihak Astro turut mempunyai satu lagi penawaran aplikasi penstriman, dinamakan Sooka. Melalui Sooka, ia kini mempunyai kandungan berjumlah lebih 22,000 jam, termasuk akses kepada siaran sukan dan bola sepak.

Komen