Xiaomi kini telah memperkenalkan sebuah lagi telefon pintar baharu dibawah keluarga Redmi Note di China, iaitu Redmi Note 12 Turbo.

Redmi Note 12 Turbo hadir dilengkapi dengan skrin sebesar 6.67-inci OLED dengan kadar segar semula 120Hz, dijana dengan cip pemprosesan Snapdragon 7+ Gen 2, serta penawaran memori sehingga 16GB RAM LPDDR5, dan storan 1TB UFS 3.1.

Untuk rakaman gambar, ia hadir dengan kamera utama 64-megapixel dibelakang, selain turut dibantu sensor rakaman lebar dan juga sensor makro. Untuk rakaman swafoto, Redmi Note 12 Turbo menggunakan kamera 16-megapixel di hadapan.

Melengkapkan telefon pintar ini adalah bateri 5000mAh dengan sokongan pengecasan 67W, serta dilengkapi sokongan WiFi6, bicu-audio 3.5mm, dan juga ciri IR Blaster.
Buat masa ini, peranti ini hanya diumumkan untuk pasaran di China sahaja. Menariknya juga, bersama-sama pengenalan Redmi Note 12 Turbo ini, pihak Xiaomi memperkenalkan sebuah telefon pintar Redmi Note 12 Turbo edisi Harry Potter kepada para peminat di China.


- Sumber
- Redmi