Carian
Microsoft Security Copilot Meningkatkan Keselamatan Siber Menggunakan AI Dilancarkan
March 29, 2023 Effi Saharudin

Microsoft Security Copilot telah dilancarkan awal pagi tadi dengan ia sebuah lagi perkhidmatan mereka yang menggunakan kecerdasan buatan (AI) untuk mengurangkan beban kerja. Menerusi Security Copilot, tugasan memantau keselamatan siber akan dipertingkatkan menggunakan kecerdasan buatan.

Antara tugas yang boleh dilakukannya ialah membantu pasukan keselamatan siber sesebuah organisasi untuk mengesan sebarang serangan dengan pantas. Pelanggan baharu misalnya boleh bertanya terus kepada Security Copilot apakah kerentanan pada sekuriti yang wujud pada sistem IT syarikat. Berdasarkan maklumat sistem dan pangkalan data sedia ada, kerentanan yang wujud akan disenaraikan.

Pasukan keselamatan kemudiannya boleh memberikan tumpuan kepada kerentanan paling serius untuk ditampal sebelum terlambat tanpa perlu memburunya secara manual. Security Copilot turut boleh menyediakan ringkasan serangan yang dikesan secara masa nyata untuk memudahkan laporan dihasilkan. Ia tidak direka untuk menggantikan manusia sebaliknya mengurangkan kerja remeh yang perlu dilakukan pasukan keselamatan.

Security Copilot kini sedang oleh beberapa pelanggan Microsoft untuk tempoh yang terhad sebelum ia ditawarkan sebagai produk untuk semua dalam masa terdekat.

Komen