Cari @ Amanz

Jika sebelum ini Redmi pernah menawarkan AirDots 3 Pro Genshin Impact Special Edition dengan kemasan serba merah yang bertemakan watak Klee. Pada kali ini lebih menarik apabila mereka memperkenalkan Redmi Buds 4 X Harry Potter Special Edition sebagai satu lagi pilihan edisi terhad yang boleh dimanfaatkan oleh pengguna.

Redmi Buds 4 X Harry Potter Special Edition diubahsuai sepenuhnya dengan kemasan unik yang berbeza dengan variasi sedia ada. Namun masih mengekalkan perkakasan dalaman yang sama. Ia didatangkan dengan beg kecil sejenis kulit serba coklat yang dihiasi dengan Golden Snitch yang merupakan bola emas bersayap digunakan dalam permainan bola udara, Quidditch. Pod pengecasan berbentuk bujur dan kompak masih dikekalkan tetapi kemasan diberi nafas baharu yang bertemakan dunia sihir.

Ia mempunyai logo Hogwarts yang merupakan sekolah sihir terkenal yang menjadi latar belakang di dalam siri filem Harry Potter. Kemudian fon telinga itu sendiri juga telah dikemaskini dengan lambang parut pancaran kilat seumpama yang terdapat pada dahi Harry Potter.

Melengkapi kesemua ini juga adalah kotakotak bungkusan fon telinga tersebut dengan idea pembuatan yang diilhamkan daripada siri filem itu sendiri. Buat masa ini, ia terhad untuk pasaran China dengan harga jualan RMB399 (~RM255) seunit.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd