Carian
Spotify Niche Mixes Menghasilkan Senarai Main Lebih Spesifik Untuk Pengguna
March 29, 2023 Effi Saharudin

Muzik boleh menjadikan aktiviti yang sedang dilakukan terasa lebih ringan. Maka menjadi kelaziman bagi kami untuk memainkan lagu bertempo laju untuk menulis lebih laju menerusi Spotify. Hari ini ciri Niche Mixes telah dilancarkan oleh Spotify untuk menghasilkan senarai main tersendiri untuk pengguna yang berasaskan sejarah lagu yang pernah dimainkan sebelum ini.

Senarai main khusus ini telahpun tersendiri dan boleh diakses dengan menekan kotak Made For You di bawah tab carian dalam aplikasi. Sebanyak 10 senarai main Niche Mixes akan disenaraikan dengan setiap satunya untuk genre berbeza. Kerana senarai main dijana secara automatik menggunakan algoritma, ia tidak semuanya tepat. Dalam kes kami ia menawarkan senarai main untuk lagu Country yang langsung tidak kami minati sebenarnya.

Komen