Carian
Apple Menjelaskan Kenapa Apple Music Classical Hadir Dalam Aplikasi Tersendiri
March 29, 2023 Fahim Zahar

Dua hari lepas aplikasi penstriman muzik baharu Apple iaitu Apple Music Classical sudah boleh dimuat turun. Platform penstriman muzik baharu ini memfokuskan kepada kandungan muzik klasik sahaja iaitu yang memfokuskan kepada instrumen.

Ramai yang tertanya-tanya begitu juga saya kenapa Apple Music Classical hadir dalam aplikasi tersendiri dan tidak diintegrasikan dalam aplikasi Apple Music sahaja? Baru-baru ini Apple menjelaskan sebabnya.

Menurut Apple, kandungan dalam Classical Music menggunakan judul yang lebih terperinci dan panjang. Kemudian satu muzik mungkin akan melibatkan ramai artis serta ada ratusan rakaman terkenal yang tidak sama dengan rakaman muzik biasa. Jadi Apple Music Classical diperkenalkan untuk sokongan memaparkan data-data yang kompleks ini.

Aplikasi Apple Music Classical juga mempunyai fungsi yang asas. Ia tidak menyokong muat turun untuk luar talian, tiada tetapan khusus dan banyak fungsi pada Apple Music biasa tidak boleh digunakan pada aplikasi ini.

Komen