Cultivated meat ataupun daging yang dibiak adalah satu konsep pengenalan daging baru yang dibangunkan menggunakan DNA dan sel-sel haiwan untuk memberi pengalaman memakan daging yang sebenar tanpa perlu membunuh atau menyembelih haiwan dan tidak menggunakan tumbuhan untuk memiripi tekstur makanan tersebut.
Terkini, di Muzium Sains Nemo di Amsterdam, Vow, sebuah syarikat yang memfokuskan kepada pembuatan daging dibiak ini telah memperlihatkan bebola daging yang diperbuat daripada DNA mamut (wooly mammoth).
Vow mengatakan mereka menggunakan urutan DNA yang diketahui dari sumber terbuka, dan menggabungkannya dengan urutan DNA gajah Afrika, yang merupakan saudara terdekat haiwan pupus tersebut.
DNA ini kemudiannya dimasukkan kedalam sel kambing biri-biri yang kemudiannya membiak berkali ganda didalam makmal sehingga ia mencukupi untuk dijadikan bebola daging ini. Tim Noakesmith, pengasas Vow mengatakan bahawa daging ini mempunyai rasa seakan daging buaya, tetapi buat masa ini masih belum lagi boleh dimakan oleh manusia.
Konsep daging yang dibiak ini adalah sesuatu yang baru, dan hanya Singapura dilihat sebagai negara yang membenarkan konsep makanan seperti ini untuk digunakan sebagai bahan makanan buat masa ini.