Carian
Alibaba Berpecah Menjadi Enam Syarikat Berbeza
March 29, 2023 Effi Saharudin

Era Alibaba beroperasi sebagai syarikat gergasi dengan pelbagai perniagaan berbeza berakhir semalam selepas syarikat mengumumkan ia akan berpecah menjadi enam syarikat berbeza. Langkah diambil sebagai proses penstrukturan semula syarikat selepas majoriti saham syarikat tidak lagi di bawah pegangan Jack Ma sejak tahun lalu.

Alibaba

Menerusi penstrukturan semula, enam syarikat baharu ACloud Intelligence Group, Taobao Tmall Commerce Group, Local Services Group, Cainiao Smart Logistics Group, Global Digital Commerce Group dan Digital Media dan Entertainment Group akan ditubuhkan. Keputusan hala tuju syarikat akan ditentukan oleh CEO baharu setiap syarikat.Dana akan dijana oleh setiap syarikat menerusi penawaran IPO kelak.

Penstrukturan semula Alibaba ini dilihat sebagai sebuah kejayaan China untuk mengekang kuasa syarikat teknologi yang dilihat semakin berpengaruh sehingga boleh mengancam kerajaan.

Komen