Beberapa peranti baharu Honor Play telah diumumkan di China. Ianya terdiri dengan Honor Play 7T dan Honor Play 7T Pro yang menjadi pilihan peranti kelas pertengahan baharu. Kedua-duanya juga mempunyai persamaan dan perbezaan tersendiri, namun masih menarik dalam kelasnya.
Bermula dengan Honor Play 7T Pro, ia menggunakan tubuh berkotak dengan panel hadapan berlubang. Ini dipadankan pula dengan skrin 6.7″ LTPS LCD yang menyokong resolusi FHD+ dan kadar segar semula 90Hz. Cip Dimensity 6020 digunakan pada tunjang utama peranti yang juga menggabungkan 8GB RAM dan storan dalaman 256GB. Kamera utama terdiri dengan 50MP (utama) + 2MP (kedalaman) dan kamera swafoto 8MP. Kapasiti bateri pula 4000mAh yang menyokong pengecasan pantas 44W.
Beralih pula pada Honor Play 7T, ia dilengkapi skrin rata dengan sisi melengkung. Ini dicantum pula dengan panel belakang yang menempatkan dwi-kamera 50MP + 2MP. Panel hadapannya bertakuk kecil yang juga menyokong kamera swafoto 8MP. Ia juga mempunyai persamaan dengan variasi pro menerusi penggunaan cip Dimensity 6020, memori 8GB RAM dan storan dalaman 256GB. Kapasiti bateri lebih besar berkapasiti 6000mAh yang juga menyokong pengecasan 22.5W.
Kedua-dua peranti hanya terhad di China sahaja buat masa ini. Harga jualan pula bermula RMB1099 (~RM702) untuk Honor Play 7T (8GB/128GB). Manakala bermula RMB1499 (~RM958) untuk Honor Play 7T Pro.