Cari @ Amanz

Dua lagi komputer riba iaitu Lenovo Yoga Pro 7 dan Yoga Pro 7i turut diumumkan secara rasmi. Ia menerima kemaskini perkakasan dalaman yang menarik dengan pilihan CPU Intel dan AMD terkini. Di samping juga mengekalkan rekaan komputer riba yang baik.

Lenovo Yoga Pro 7 dan Yoga Pro 7i mempunyai saiz dan jenis skrin yang sama iaitu 14.5-inci LCD dengan resolusi mencapai 3K serta kadar segar semula 120Hz. Ini dipadankan pula dengan kemampuan gamut warna sRGB 100%, kecerahan puncak sehingga 400nits dan menyokong Dolby Vision.

Turut melengkapinya ialah pilihan CPU sehingga Intel Core i7-13700H Ldan AMD Ryzen R7-7840HS. Sementara pilihan GPU pula terdiri dengan Integrated Radeon Graphics dan Intel Iris Xe. Seterusnya memori pula 16GB LPDDR5/LPDDR5X dan storan terbina 512GB/1TB PClE Gen 4 M.2 SSD.

Komputer riba juga menawarkan kapasiti bateri sebesar 75Wh, kamera FHD, empat mikrofon, sambungan bluetooth 5.1, WiFi 6E dan pembesar suara yang ditala Dolby Atmos. Pilihan I/O pula merangkumi 1 x USB Type-C (Thunderbolt 4), 1 x USB Type-C (USB 3.2 Gen 2 PD3.0 DP1.4), 1 x HDMI 2.1, 1 x bicu audio dan 1 x USB 3.2 Gen 1 Type A.

Harga jualan bermula €1,099 (~RM5249) untuk Yoga Pro 7i, seterusnya Yoga Pro 7 pula dijual bermula $1,449.99 (~RM6393). Ketersediaan untuk Yoga Pro 7i bermula April dan Yoga Pro 7 pula pada Julai akan datang. Ia bagaimanapun mengikut pasaran masing-masing.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd