Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, kini berkongsi mengatakan kerajaan menyasarkan akan terdapat sekitar 1.5 juta kenderaan elektrik dalam Malaysia menjelang 2040 kelak.
Langkah ini dilihat selari dengan ingin mencapai status Malaysia negara sifar karbon menjelang 2050 kelak.
Pada hari ini, kita dapat lihat pembangunan yang aktif dalam arena ini, termasuk pembinaan infrastruktur pengecasan oleh pihak swasta seperti TNB dan juga Gentari (Petronas).
Tidak ketinggalan juga, kita sedia melihat pengenalan sejumlah kenderaan elektrik di Malaysia oleh pelbagai pengeluar – termasuk beberapa pengeluar baharu untuk pasaran tempatan. Pengeluar kenderaan tempatan seperti Proton dan Perodua juga dijangka menyediakan penawaran masing-masing dalam beberapa tahun lagi yang akan membuatkan permintaan kenderaan elektrik meningkat mendadak dalam tahun-tahun akan datang.