Elon Musk (CEO Twitter), Steve Wozniak (pengasas Apple), Evan Sharp (pengasas Pinterest), dan sejumlah pihak dalam arena teknologi serta industri lain kini menandatangani sebuah surat terbuka, meminta untuk menjedakan eksperimen kecerdasan buatan untuk seketika.
Melalui surat terbuka berkenaan, ia diminta untuk pelbagai makmal kecerdasan buatan menghentikan seketika pembangunan dan latihan kepada sistem kecerdasan buatan untuk tempoh sekurang-kurangnya 6 bulan.
Langkah ini dilihat untuk mengelak pembangunan sistem kecerdasan buatan yang lebih berkuasa dari GPT-4 buat sementara waktu.
Perkara ini diminta kerana pada hari ini pelbagai pihak berlumba untuk pembangunan kecerdasan buatan – dan ia dilihat ramai yang tidak memahami dan mungkin juga tidak berupaya mengawal serta meramalnya.
Surat terbuka ini meminta untuk menghentikan pembangunan sementara, dan seterusnya memfokuskan kepada penetapan protokol keselamatan bersama pada tahap industri.
Buat masa ini, tiada respon yang dikeluarkan oleh pihak-pihak yang sedang membangunkan kecerdasan buatan secara aktif pada hari ini berkenaan perkara ini, termasuk OpenAI dan juga Google sendiri.