Sebagai jalan alternatif kepada penjimatan kos operasi dan meningkatkan kecekapan dalam masa terdekat, Vivo dilaporkan dalam perancangan untuk menggabungkan sub jenamanya iaitu IQOO ke dalam perniagaan utama. Erti kata lain, ia mungkin juga boleh disama ertikan sebagai langkah mengurangkan beberapa kakitangan sedia ada.

Beberapa portal melaporkan perancangan ini akan melibatkan penggabungan pasukan penjenamaan dan perniagaan dalam talian IQOO serta pasukan sedia Vivo. Pada masa sama masih belum dapat dipastikan jika IQOO akan mengekalkan unit perniagaan secara berasingan atau sebaliknya. Tambahan pula terdapat juga kemungkinan pihak pengurusan Vivo dalam perbincangan menghapuskan kedai fizikal IQOO sedia ada.

Bukanlah suatu rahsia lagi bahawa Vivo dan IQOO berkongsi hampir setiap sumber yang sama termasuklah rantaian bekalan dan perisian. Bezanya cuma terletak pada kaedah serta strategi pemasaran yang digunakan oleh kedua-duanya. Namun dengan penggabungan ini nampaknya IQOO akan menjadi sebahagian barisan peranti biasa dalam portfolio Vivo.
Sehingga kini, tiada kenyataan rasmi dikeluarkan pihak pengurusan Vivo susulan perancangan yang tular ini. Ia bagaimanapun bukan suatu hal yang mengejutkan apabila perkara yang sama turut berlaku kepada OnePlus sebelum ini yang dilaporkan beroperasi dibawah jenama Oppo. Dalam masa sama, kedua-duanya juga telag mengumumkan kerjasama strategik dalam usaha meningkatkan kualiti produk masing-masing.
- Sumber
- GSMARENA