Sementara masih terdapat kawasan di Bumi yang belum menerima diliputi sepenuhnya dengan rangkaian 4G, namun, perkara tersebut tidak menghentikan perancangan untuk membawa sokongan rangkaian 4G ke Bulan.
Pada tahun ini, Nokia dijangka melengkapkan Bulan dengan sokongan rangkaian 4G, sekaligus akan memudahkan komunikasi melibatkan pelbagai misi di angkasa terutamanya di Bulan kelak.
Nokia menyasarkan untuk melancarkan misi berkenaan ke Bulan dalam beberapa bulan lagi, melalui roket SpaceX.
Rangkaian 4G ini akan dikuasakan sebuah stesen pusat dengan antena yang direka pada pendarat di Bulan, Nova-C. Ia juga dijangka turut dilengkapi dengan sebuah rover yang dikuasakan tenaga solar.
Sekiranya berjaya, kelak rangkaian LTE yang dibangunkan ini akan turut digunakan pada misi-misi Bulan selepas ini.
Apa pun, untuk makluman, sebelum ini perancangan memperkenalkan rangkaian 4G di Bulan ini telah dilakukan sejak 2018 lepas, tetapi telah tertangguh beberapa kali. Sama-sama kita nantikan sama ada ia akan berjaya pada tahun ini atau sebaliknya.