Cari @ Amanz

MEASAT, syarikat pengelola satelit kebangsaan disebalik perkhidmatan internet satelit CONNECTMe NOW telah mengumumkan bahawa mereka telah memilih sistem VSAT (Very Small Aperture Terminal) Hughes JUPITER untuk memudahkan penyambungan perkhidmatan internet ke kawasan luar bandar dan pedalaman di Malaysia.

Sistem VSAT Hughes JUPITER ini mampu membekalkan sambungan internet sepantas 100Mbps dan hadir dengan sokongan untuk penawaran sambungan internet mudah-alih seperti WiFi, 4G dan 5G, panggilan selular untuk komuniti-komuniti yang tiada ketersambungan internet ini.

Selain daripada itu, sistem Hughes JUPITER ini juga merupakan sebuah sistem kos rendah yang sudahpun dimanfaatkan oleh pembekal sambungan internet satelit di negara-negara lain seperti Indonesia, Filipina, Mesir dan sebagainya.

Ini selari dengan pelancaran satelit MEASAT-3d pada Jun 2022 yang secara langsung menaiktarafkan sambungan internet satelit tempatan dari 3Gbps ke 30Gbps dan membolehkan CONNECTMe NOW untuk menawarkan sambungan internet sepantas 100Mbps ke kawasan.

Sistem ini dijangka akan diimplimentasi sepenuhnya oleh MEASAT dalam jangkamasa tiga tahun ini, dan akan menyambungkan seramai 2 juta rakyat Malaysia ke rangkaian internet.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd