Anda masih ingat dengan promosi hebat Samsung yang menawarkan Galaxy S23 secara percuma dengan pembelian Galaxy S23 Ultra sebelum ini? Ia kini dilanjutkan sehingga 30 April akan datang sekaligus membolehkannya dimanfaatkan oleh lebih ramai pengguna. Seperti sebelum ini, promosi hanya terbuka di bawah skim tukar ganti peranti dengan sebuah Galaxy S23 Ultra. Tetapi tidak lagi terhad kepada pengguna Samsung sahaja, malahan turut dibuka buat pemilik peranti Iphone.
Antara peranti iPhone yang disokong termasuklah siri iPhone 11 dengan bayaran tambahan sebagai RM699 diperlukan. Seterusnya pemilik siri iPhone 12 pula perlu membuat tambahan bayaran RM399, diikuti dengan pemilik iPhone 13 sebanyak RM199. Bagaimanapun bagi pemilik siri iPhone 14 pula, tiada sebarang bayaran tambahan diperlukan di bawah skim tukar ganti Samsung ini.
Sebagai tambahan pengguna Galaxy Note 10+ juga layak menikmati tawaran ini dengan bayaran tambahan RM699. Sekali lagi diingatkan, promosi hebat ini dilanjutkan sehingga penghujung april akan datang. Untuk terma dan syarat lengkap sila ke pautan laman Samsung Malaysia.