Cari @ Amanz

Kerajaan hari ini secara rasminya telah melancarkan Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap, sekaligus membawakan pakej internet jalur-lebar tetap untuk rumah pada harga RM69 untuk 30Mbps.

Pelan ini menyasarkan kumpulan B40, warga emas, OKU dan juga veteran tentera serta polis.

Melalui pakej ini, pengguna akan dapat menikmati internet pada harga sedikit rendah berbanding harga jualan biasa. Sebagai perbandingan, harga pakej 30Mbps oleh Unifi adalah RM89, tetapi ditawarkan dengan diskaun RM20 dibawah pelan ini.

Daripada semakan kasar, pihak Unifi (Pakej Perpaduan Unifi) dan juga YTL Broadband (bhome30 Pakej Perpaduan) telah menerbitkan penawaran Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap ini dilaman masing-masing, dan boleh dilanggan oleh mereka yang berkelayakan. Selain itu, TIME juga sebelum ini telah mengumumkan penawaran pakej 100Mbps pada harga RM69 sebulan untuk kumpulan sasaran sama.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd