Sony PlayStation VR2 mula dijual beberapa minggu yang lalu dan rata-rata ulasan yang diberikan mengatakan ia adalah set kepala VR yang mantap. Visual yang dipaparkan pada skrin OLED beresolusi tinggi sehingga objek nampak hidup dibantu oleh beberapa pilihan permainan yang menyokong mod VR dengan baik. Tetapi menurut Bloomberg, jualan PSVR2 setakat ini adalah mengecewakan.

Hanya sekitar 270,000 PSVR2 diramalkan terjual menjelang penghujung bulan ini. Ia adalah jauh daripada sasaran Sony asal mereka untuk menjual 2 juta unit dalam tempoh yang sama. Sony turut mempunyai harapan PSVR2 akan menjual lebih daripada 5 juta unit sepanjang hayatnya bagi memintas jualan PSVR asal.
Kerana jumlah jualan yang mengecewakan kini, besar kemungkinan Sony akan melakukan potongan harga dalam masa terdekat. Antara faktor mengapa jualan adalah rendah adalah harganya yang terlalu mahal (RM 2799) berbanding konsol PS5 versi pemacu Bluray (RM2499).
- Sumber
- Bloomberg