Cari @ Amanz

Fahmi Fadzil sebelum ini sedia menyatakan harga internet akan berkurangan selari dengan pengurangan pada harga borong atau Mandatory Standards on Access Pricing (MSAP). Kini, ketika pelancaran Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap, Menteri sekali lagi menekankan perkara tersebut.

Menurut beliau, harga internet secara keseluruhan akan berkurangan dalam masa 2-3 bulan lagi.

Pada hari ini, pakej 30Mbps ditawarkan pada harga sekitar RM89 sebulan, sementara pakej 100Mbps pula ditawarkan pada harga RM129 sebulan – jikalau mengikut penawaran Unifi yang ditawarkan meluas di seluruh Malaysia.

Dengan perubahan harga kelak, sama-sama kita nantikan penurunan harga pada penawaran perkhidmatan internet ini pada harga yang lebih mampu-milik.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd