Cari @ Amanz

OpenSignal kini hadir dengan laporan terbaru untuk tempoh antara Disember 2022 sehingga Februari 2023, memperlihatkan Celcom kini mempunyai kadar muat-turun yang paling tinggi di Malaysia berbanding penyedia telekomunikasi yang lain.

Mengikut data yang dihimpunkan, Celcom menawarkan skor muat-turun 26.3Mbps – iaitu 0.4Mbps lebih laju dari Maxis yang menduduki tangga ke dua.

Digi yang pernah menduduki takhta pertama dilihat jatuh ke tangga ketiga melalui laporan terbaru ini.

Disamping kadar muat-turun, Celcom juga menerajui dalam kadar muat-naik dengan skor 8.2Mbps, dan diikuti U Mobile dan Maxis pada tangga seterusnya.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd