Cari @ Amanz

Setel kini mengumumkan sokongan DuitNow QR secara rasmi, sekaligus membolehkan para pengguna dompet digital Setel untuk menggunakannya dalam melakukan bayaran pada peruncit-peruncit yang menyokong bayaran secara DuitNow QR.

Setel menyatakan dengan sokongan ini, ia sekaligus membolehkan Setel digunakan di lebih 1 juta pekedai dan peruncit di seluruh Malaysia.

Bersempena pengenalan ini juga, Setel menyatakan setiap transaksi DuitNow QR antara 30 Mac 2023 sehingga 31 Mei 2023 akan menerima mata ganjaran Mesra, yang boleh ditebus untuk ganjaran serta membeli minyak.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd