MidJourney Hentikan Sementara Akses Secara Percuma
Aman
MidJourney merupakan salah satu penjana imej dan gambar berasaskan kecerdasan buatan yang popular, serta digemari ramai disebabkan kualiti penghasilannya lebih tinggi berbanding yang lain.
Sejak pengenalan MidJourney V5, ia kini berupaya menghasilkan gambar-gambar yang lebih realistik – sekaligus turut membuatkan ada beberapa pihak yang menghasilkan gambar seperti Donald Trump ditangkap dan lain-lain. Perkara ini, sekaligus membuatkan ramai mendebatkan penggunaan kecerdasan buatan dalam penjanaan gambar.
Perkongsian gambar-gambar yang dijana ini juga, secara tidak langsung meningkatkan permintaan kepada penggunaan MidJourney sejak beberapa hari ini.
Selari dengannya, kini MidJourney menghentikan sementara penawaran percuma mereka kepada para pengguna. Sebelum ini, setiap pengguna boleh menjana sehingga 25 gambar secara percuma tanpa sebarang bayaran. Namun, dengan perubahan ini, pengguna percuma tidak boleh menjana gambar lagi, sebaliknya perlu melanggan pelan berbayar MidJourney.
Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi sama ada versi percuma akan dikembalikan semula atau sebaliknya.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.