Sejak 1995, acara Electronic Entertainment Expo atau lebih dikenali sebagai E3 berlangsung dengan ia menjadi platform utama permainan video diumumkan oleh syarikat-syarikat besar. Hari ini ESA yang merupakan penganjur E3 mengumumkan acara tahun ini dibatalkan secara rasmi.

Keputusan diambil selepas syarikat utama seperti Ubisoft dan Devolver Digital mengesahkan mereka tidak akan hadir ke acara tahun ini. Sebelum ini Sony, Nintendo dan Xbox juga telah menarik diri bagi mengadakan acara mereka yang tersendiri. Dengan kebanyakan pengumuman boleh dilakukan secara atas talian dan demo diberikan terus kepada pengguna, ia membuatkan acara fizikal seperti E3 tidak lagi serasi dengan keperluan semasa serta memerlukan kos yang tinggi kepada penerbit.
E3 dibatalkan sepenuhnya pada tahun 2020 disebabkan oleh Covid-19. Pada tahun 2021 ia kembali sebagai acara digital sahaja sebelum sekali lagi dibatalkan secara percuma pada tahun 2022.
- Sumber
- ESA