Bersesuaian dengan fokus untuk terus memberikan pengalaman unik kepada pengguna, ASUS kini hadir dengan tablet gaming edisi terhad ROG Flow Z13-ACRNM RMT02. Menariknya lagi apabila ia turut ditawarkan untuk pasaran Malaysia dan boleh dibeli pada harga RM12,999. Bagi yang berminat, ketersediaan adalah melalui kedai atas talian rasmi dan pengedar sah ASUS di seluruh Malaysia namun hanya terhad kepada 14 unit sahaja.

Tablet edisi terhad ini mempunyai elemen reka bentuk unik yang menggabungkan teknologi dengan seni fesyen dan gaya hidup. Melaluinya, ASUS telah bekerjasama jenama pakaian teknologi yang berpangkalan di Berlin, ACRONYM pada koleksi ini. Tubuhnya diperbuat daripada logam CNC bersama pemegang getah bertujuan memberikan cengkaman di tangan yang baik dalam apa juga keadaan. Terdapat juga tali disediakan yang sesuai dijadikan aksesori fesyen pada tablet tersebut.

Dari segi spesifikasi, ASUS ROG Flow Z13-ACRNM RMT0 dilengkapi skrin 13.4-inci IPS beresolusi QHD+ yang juga menyokong kadar segar semula 165Hz dan Dolby Vision. Ini dipadankan pula dengan CPU Intel Core i9-13900H, GPU NVIDIA GeForce RTX 4070 8GB GDDR6 (65W), memori 32GB LPDDR5 dan storan 1TB PCIe 4.0 NVMe M.2 SSD terbina.

Ia juga memuatkan kamera utama 13MP dan swafoto 5MP. Selanjutnya bateri pula sebesar 56Whr yang juga menyokong pengecasan dengan kuasa output 130W. Sebagai tambahan, ASUS turut menawarkan Limited Edition Acronym Bundle Pack untuk setiap pembelian edisi terhad