MacBook Air Dengan Skrin OLED Dilaporkan Kini Dalam Pembangunan
Fahim Zahar
Apple akan menggunakan skrin OLED pada lebih banyak produk mereka tidak lama lagi. Kita sudah dengan laporan mengenai iPad dengan skrin ini dan MacBook juga bakal menerima penawaran yang sama.
Terkini laporan dari The Elec menyatakan Apple sedang membangunkan MacBook Air dengan skrin OLED. Panel skrin ini akan dihasilkan oleh Samsung Display dan dikatakan bersaiz 13.3″.

Apple memilih Samsung kerana LG sedang sibuk menghasilkan panel OLED untuk iPad Pro 11″ dan 13″. Pada masa yang sama Samsung juga dikatakan turut akan menghasilkan panel OLED iPad 11″.
Apple inginkan produk mereka seperti iPad Pro, MacBook Pro dan MacBook Air semuanya menggunakan panel skrin OLED. Cuma buat masa ini masih tidak pasti bila peralihan ini akan bermula. Laporan sebelum ini mendakwa yang MacBook Air dengan skrin OLED hanya akan tiba sekitar tahun 2024 nanti.

The Elec menyatakan yang MacBook Air mungkin laptop terawal Apple akan menggunakan skrin OLED kerana ia adalah satu ujian untuk melihat sama ada panel ini sesuai atau tidak untuk digunakan pada MacBook Pro.