Seperti yang kami laporkan sebelum ini Netflix kini semakin serius dalam mengembangkan lagi penawaran Netflix Games. Mereka berhasrat untuk melancarkan 40 permua pada tahun ini. Hasrat mereka dengan Netflix Games ini adalah menawarkan permainan video secara penstriman seperti Amazon Luna atau Google Stadia.

Terkini kod pembangunan aplikasi Netflix untuk iOS mendedahkan yang Netflix mungkin sudah semakin dekat untuk melancarkan platform penstriman permainan mereka. Ini kerana aplikasi pada iPhone kelak boleh dijadikan sebagai alat kawalan untuk Netflix Games di televisyen.

Cuma buat masa ini masih tidak pasti jika Netflix Games untuk televisyen ini adalah seperti kotak televisyen Apple TV 4K dengan Apple Arcade atau dalam bentuk penstriman. Turut tidak pasti adalah adakah ciri ini terhad untuk iPhone sahaja atau akan disokong pada peranti Android juga?
Buat masa ini tiada sebarang maklumat rasmi dikeluarkan Netflix dan tidak tahu lagi bila ciri ini akan diperkenalkan kepada umum.
- Sumber
- Aksiz