Cari @ Amanz

Berita baik buat para Vlogger di luar sana apabila sesi pratempah untuk kamera digital baharu Sony ZV-E1 telah dibuka. Bagi yang berminat, ia ditawarkan pada harga bermula RM10,499 tanpa lensa, seterusnya meningkat kepada RM11,999 dengan 28-60mm Zoom Lens.

Setiap pembelian akan didatangkan dengan SF-M64 Card (RM229) dan NF-FZ100 )RM402) secara percuma. Sebagai tambahannya lagi, Sony turut hadir promosi eksklusif pembelian dengan pembelian (PWP) bersama FE 20mm F1.8 G Ultra-Wide Prime Lens dengan harga RM3799, GP-VPT2BT Wireless Shooting Grip berharga RM349 atau ECM-B10 Shotgun Microphone pada RM849.

Sony ZV-E1 hadir dengan sensor 12MP bingkai penuh sumpama yang digunakan pada Sony A7S III dan FX3 sebelum ini. Ini dipadankan pula dengan cip pengimejan BIONZ XR bagi memastikan kualiti imej yang baik. Seterusnya, kemampuan merakam video sehingga 4K 60FPS 10-bit turut boleh dilakukan. Bagi yang ingin merakam video pada mod sinematik pula, mod Cinemascope boleh dipilih dengan perubahan nisbah skrin ke 21:9.

Ciri khusus untuk vlog ialah kemampuan mengikuti pergerakan subjek sedang bergerak secara automatik seperti mod Center Stage pada sebuah iPad. Pengalaman menjadi lebih baik dengan ciri Dynamic Active Mode bertujuan menstabilkan video dirakam ketika berjalan tetapi akan menerusi kaedah cropping pada video.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd