Cari @ Amanz

 Perisian kejuruteraan AutoCAD 2024 dan AutoCAD LT 2024 kini disokong secara rasmi pada komputer yang menggunakan cip Apple Silicon. Menurut Autodesk, pengguna AutoCAD 2024 dan AutoCAD LT untuk Mac dengan cip M1 dan M2 boleh melihat peningkatan prestasi sehingga dua kali ganda berbanding perisian versi 2023.

Antara ciri baharu yang disokong pada versi terkini ialah penggunaan bahasa Itali dan Sepanyol. Pada AutoCAD 2024, ciri MarkUp baharu memudahkan sebarang perubahan yang dilakukan pada lukisan kejuruteraan yang telah dicetak dilakukan juga pada fail DWG. Kecerdasan buatan AutoCAD mengenalpasti perubahan pada lukisan asal dan pada lukisan baharu dalam format PDF atau JPEG. Dengan ini menambah maklumat baharu pada lukisan boleh dilakukan secara automatif sekaligus menjimatkan masa.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd