Minggu hadapan OnePlus akan melancarkan dua produk baharu iaitu OnePlus Nord CE 3 Lite dan OnePlus Nord Buds 2. Maklumat rasmi mengenai dua produk ini masih tidak diketahui tetapi baru-baru ini presiden baharu OnePlus iaitu Kinder Liu telah mendedahkannya.

OnePlus Nord CE 3 Lite akan menggunakan skrin bersaiz 6.72″ yang mungkin adalah LCD dengan sokongan kadar segar semula 120Hz. Ia adalah lebih besar berbanding Nord CE 2 Lite yang bersaiz 6.59″. Seperti model lalu peranti ini turut akan kekal menggunakan cip Snapdragon 695 5G dengan sokongan memori maya sehingga 8GB RAM. Untuk kamera sensor utama adalah 108MP.
Liu menjanjikan peranti ini akan memberi ketahanan bateri yang bagus dengan pengecasan yang pantas selain boleh digunakan untuk permua dan media pada jangka masa panjang. Bukan itu sahaja, Oxygen OS 13.1 yang terbaru juga akan diperkenalkan pada peranti ini dan bukan pada peranti mercu.

Oxygen OS baharu ini akan memberi pengguna lebih mudah memahami ekosistem Oxygen OS oleh OnePlus seperti mod permua tersendiri. Liu menyatakan harga Nord CE 3 Lite akan memuaskan tetapi masih tidak pasti jika sama atau lebih murah berbanding Nord CE 2 Lite yang dijual pada harga bermula RM1199.
Sama-sama kita nantikan 4 April nanti untuk maklumat lanjut.
- Sumber
- Techradar