Cari @ Amanz

Kebergantungan terhadap tablet boleh dianggap berkurang kerana ramai diantara kita lebih menggunakan telefon pintar dan komputer riba. Pun begitu, ia juga sebenarnya masih mempunyai manfaat tersendiri malahan turut dikemaskini dengan perkakasan dalaman dan perisian terkini.

Berkongsi lebih lanjut, Huawei Malaysia kini dalam perancangan hadir dengan tablet baharu tidak lama lagi. Model dan tarikh pelancaran khusus masih menjadi misteri, namun ianya kelak menjadi sebuah tablet yang mampu memenuhi keperluan produktiviti harian. Video promosi rasmi dikongsi turut memperlihatkan rekaan peranti sepenuhnya bersama sokongan stylus dan papan kekunci yang kelak lebih memudahkan tugasan.

Kalau diikutkan, Huawei baru sahaja hadir dengan tablet MatePad 11″ (2023) baharu di China. Ia dilengkapi spesifikasi kelas pertengahan dengan cip Snapdragon 870, skrin 11″ LCD 120Hz, kamera utama 13MP, kamera swafoto 8MP dan bateri 7250mAh dengan pengecasan 22.5W.

Adakah terdapat kemungkinan untuk tablet ini ditawarkan di Malaysia kelak? Sama-sama kita nantikan.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd