Bagi kebanyakan syarikat berteraskan teknologi awan, perkhidmatan infrastruktur seperti AWS boleh menjadi salah satu kos yang perlu ditanggung namun pada masa yang sama, AWS sendiri turut menyediakan beberapa inisiatif bagi memudahkan pengguna mencuba perkhidmatan mereka.
Jika untuk startup, terdapatnya AWS Activate membolehkan startup mencubanya dan hari ini, AWS telah mengumumkan kesediaan program AWS Lift, khas untuk perusahaan medium kecil sederhana bagi mencuba perkhidmatan AWS. Perbezaannya dengan AWS Activate adalah AWS Lift menawarkan nilai kredit percuma berkadaran dengan perbelanjaan PMKS untuk AWS kredit.

Seperti contoh, apabila PMKS berbelanja lebih dari 1 USD, mereka akan menerima kredit percuma 750 USD. Dan apabila mereka berbelanja lebih dari 500 USD, mereka akan menerima kredit percuma 1000 USD. Dan pada tahap tertinggi perbelanjaan 25K USD ( ~ RM 110K), PMKS akan menerima kredit percuma 50K USD (~ RM 220K), menjadikan keseluruhan kredit percuma tersedia adalah 83.5K USD (~RM 373,000). Penggunaan kredit percuma AWS Lift ini juga tertakluk kepada syarat dan terma khas.
Pengumuman kesediaan AWS Lift untuk PMKS tempatan ini dilihat jelas memberi isyarat komitment AWS untuk pengguna tempatan. Bagi anda yang ingin mencuba perkhidmatan awan AWS, anda boleh memohon program AWS Lift bermula hari ini.
- Info
- Cuba: AWS Lift