Cari @ Amanz

CIMB kini memaklumkan semua pengguna, bermula April 2023, iaitu bermula esok, aplikasi CIMBClicks akan dihadkan kepada hanya satu peranti berdaftar sahaja sebagai peranti utama.

Dengan langkah ini, pengguna yang mempunyai lebih dari satu peranti berdaftar pada aplikasi CIMBClicks, akan diminta nyah-aktifkan ia, dan hanya benarkan satu peranti berdaftar sahaja.

Perkara ini dilaksanakan dalam terus meningkatkan sekuriti dan keselamatan, termasuk memastikan hanya satu peranti sahaja digunakan untuk tujuan pengesahan transaksi.

Bagi anda yang menggunakan aplikasi CIMBClicks, boleh ke halaman Settings dan pilih “Other Registered Device” untuk menguruskan dan memadam peranti yang tidak digunakan.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd