Carian
Twitter Verified Organizations Ditawarkan Pada Harga RM4500 Sebulan Di Malaysia
March 31, 2023 Aman

Twitter sedia menawarkan kebolehan langganan Twitter Blue di Malaysia pada harga RM35 sebulan. Kini, selain untuk individu, pihak Twitter turut menawarkan kebolehan pengesahan khusus untuk organisasi.

Dinamakan “Verified Organizations”, ia merupakan salah satu kaedah yang ditawarkan oleh Twitter bagi membolehkan akaun sesuatu organisasi tampak berbeza dengan yang lain pada platform sosial tersebut. Ia akan menggunakan tanda calit berwarna kuning, dan pada masa yang sama akaun tambahan yang disenaraikan dibawah akaun utama akan turut memperlihatkan sebuah ikon organisasi tersebut pada bahagian profil bersebelahan tanda calit kuning.

Apa pun, dari segi kos, ia agak tinggi untuk organisasi. Twitter mengenakan caj sebanyak RM4500 sebulan untuk Verified Organization ini, dan tambahan RM230 untuk setiap akaun tambahan dibawah organisasi tersebut.

Dengan pembuangan tanda calit biru legasi pada platform tersebut, ia akan menjadi sesuatu yang menarik untuk melihat kadar langganan pada platform tersebut dibawah akaun organisasi ini.

Komen