Carian
Infinix Hot 30, 30 Free Fire Edition, 30i, Dan 30i NFC Dilancarkan
April 1, 2023 Effi Saharudin

Empat telefon pintar di bawah siri Infinix Hot 30 telah dilancarkan di Thailand semalam. Infinix Hot 30, Hot 30 Free Fire Edition, Hot 30i dan Hot 30i NFC adalah peranti kelas pertengahan yang masing-masing mempunyai ciri menarik tersendiri.

Infinix Hot 30 hadir dengan skrin 6.78″ IPS LCD FHD+ 90Hz, dijana cip Helio G88, memori 8GB RAM, storan 256GB dan bateri 5000 mAh yang menyokong pengecasan pantas 33W. Kamera utama terdiri daripada lensa 50MP sudut lebar yang dipadankan dengan lensa AI. Sementara itu di hadapan pula sensor 8MP digunakan pada kamera swafoto. Peranti sekadar menyokong rangkaian 4G tetapi menggunakan sistem operasi Android 13. Bicu audio 3.5mm juga masih disertakan.

Infinix Hot 30 Free Fire Edition pula hadir dengan skrin 6.78″ IPS LCD FHD+ 90Hz, dijana cip Helio G88, memori 8GB RAM, storan 256GB dan bateri 5000 mAh yang menyokong pengecasan pantas 33W. Kamera utama terdiri daripada lensa 50MP sudut lebar yang dipadankan dengan lensa AI. Sementara itu di hadapan pula sensor 8MP digunakan pada kamera swafoto. Peranti sekadar menyokong rangkaian 4G tetapi menggunakan sistem operasi Android 13. Bicu audio 3.5mm juga masih disertakan.

Yang membezakannya dengan Hot 30 biasa ialah pelbagai ikon dan antaramuka, kerangka, pin talam SIM, topi , pelekat dan tali lanyard bertemakan permua popular Fee Fire.

Infinix Hot 30i hadir dengan skrin 6.56″ IPS LCD HD+ 90Hz, dijana cip Unisoc T606, memori 4GB RAM, storan 128GB dan bateri 5000 mAh yang menyokong pengecasan 18W. Kamera utama terdiri daripada lensa 13MP sudut lebar yang dipadankan dengan lensa AI. Sementara itu di hadapan pula sensor 8MP digunakan pada kamera swafoto.

Peranti sekadar menyokong rangkaian 4G, dilengkapi bicu audio 3.5mm dan masih menggunakan Android 12. Infinix Hot 30i NFC pula mempunyai spesifikasi yang sama cuma memori meningkat ke 8GB RAM dan mempunyai sistem NFC.

Komen