China Menyiasat Micron Untuk Menilai Risiko Sekuriti Ke Atas Negara
Effi Saharudin
TikTok sedang disiasat di Amerika Syarikat kerana didakwa mengintip bagi pihak China. Huawei, dan DJI mula dimasukkan ke dalam senarai entiti atas sebab yang sama. Perang perdagangan ke atas China semakin dipertingkatkan oleh A.S. Kini tiba giliran China untuk turut melakukan perkara yang sama ke atas syarikat milik A.S.

Pentadbiran Ruang Siber China (CAC) mengeluarkan kenyataan akan memulakan siasatan sekuriti siber ke atas Micron bagi melihat risiko syarikat ini ke atas keselamatan negara. Senarai produk keluaran Micron yang akan disiasat tidak pula disenaraikan oleh CAC. Pihak Micron telah mengeluarkan kenyataan akan memberikan kerjasama kepada CAC sepanjang tempoh siasatan. China ialah antara negara pasaran terpenting buat Micron dengan 11% produk keluaran mereka dijual di negara tersebut.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.