Carian
Google Drive Mempunyai Had Jumlah Storan Kepada 5 Juta Fail Setiap Pengguna
April 1, 2023 Aman

Google Drive merupakan perkhidmatan Google yang membolehkan menyimpan fail, dokumen, serta pelbagai perkara, dan turut berkongsi dengan yang lain melaluinya. Ia ditawarkan dalam bentuk pelan percuma dan juga pelan berbayar untuk storan tambahan.

Apa pun, kini ia diketahui yang mana Google menerapkan had jumlah fail yang boleh disimpan pada sesuatu akaun Google Drive, iaitu sebanyak 5 juta fail atau dokumen untuk setiap akaun pengguna.

Had ini dikenakan pada kedua-dua akaun percuma, mahupun mereka yang melanggan storan berbayar pada Google Drive.

Pihak Google menyatakan langkah ini adalah dalam memastikan kestabilan, dan mengelak perkhidmatan mereka disalah guna untuk tujuan-tujuan lain.

Komen