Carian
Twitter Kini Menawarkan Algoritma Pengesyoran Dalam Bentuk Sumber Terbuka
April 1, 2023 Aman

Seperti dijanjikan oleh Elon Musk, kini perkhidmatan media sosial Twitter telah pun menerbitkan kod sumber untuk algoritma pengesyoran pada platform tersebut dalam bentuk terbuka di GitHub.

Dengan penawaran ini juga, ia sekaligus memperlihatkan bagaimana kaedah Twitter dalam memaparkan tweet-tweet pada halaman “For You’ pada platform berkenaan.

Selari dengan perkongsian ini juga, beberapa kod khusus ditemui, termasuk pelabelan khusus untuk Tweet yang dikongsikan Elon Musk pada algoritma, selain pelabelan untuk politik pada algoritma tersebut. Ini juga sekaligus menjawab persoalan kenapa lebih banyak Tweet Elon Musk hadir pada latar masa pengguna seluruh dunia.

Bagi anda yang berminat, pengguna boleh menyemak kod yang diterbitkan oleh Twitter ini di GitHub hari ini. Elon Musk turut menekankan yang mana kod awal ini mungkin mempunyai banyak masalah, dan akan terus ditambah-baik dari hari ke hari.

Komen