Carian
Apple Dijangka Menawarkan Kemaskini Antaramuka Pada watchOS 10
April 2, 2023 Aman

Melalui laporan terbaru Bloomberg hari ini, ia dilaporkan sistem operasi akan datang untuk watchOS, iaitu watchOS 10 dijangka menawarkan sejumlah kemaskini besar, termasuk kemaskini pada antaramuka.

Seperti ramai sedia maklum, antaramuka watchOS tidak mengalami perubahan untuk sekian lama, dan semestinya pembaharuan ini akan dinantikan ramai.

Apple watchOS

Disamping itu, watchOS turut dijangka menawarkan beberapa ciri baharu bersama-sama dengannya selain daripada kemaskini antaramuka.

Dengan Apple sendiri mula mengintegrasikan sejumlah ciri-ciri kesihatan pada jam tangan pintar ini, sama-sama kita nantikan apakah kejutan yang disediakan oleh Apple melalui watchOS baharu yang dijangka dikongsikan pada acara WWDC kelak.

Komen