Selama ini calit biru pada akaun Twitter hanya diberikan kepada pengguna yang benar-benar ahli atau ternama sahaja. Ia diberikan selepas melalui pengesahan Twitter Verification yang sangat leceh. Dengan Twitter Blue, sesiapa sahaja sekarang boleh mendapat calit biru dengan melakukan pembayaran.

Tetapi pengguna lain masih boleh mengesan siapa yang membelinya degan menekan ikon calit biru pada profil. Bermula hari ini Twitter telah melakukan perubahan dimana jika ikon calit biru ditekan, ia akan memberitahu pengguna ia mungkin kerana langganan Blue atau adalah kerana ia adalah calit legas Twitter Verification yang lama. Dengan ini konotasi negatif yang terpalit kerana anda membeli Blue tidak lagi dapat disahkan kerana ia sukar dibezakan.
Sejak semalam calit biru legasi mula dibuang dengan ia hanya diberikan kepada pelanggan Blue. Menurut Elon pembuangan akan dilakukan secara manual dan berperingkat.